Tuesday, July 15, 2008

stallion vs donkey

Kisah ini bermula pada zaman dahulu ketika pemerintahan feudal bertuan kan diktator berkuasa..ketika itu si Sultan mengadakan pertandingan menentukan kuda terhebat didalam negeri yang boleh mempertahankan negeri dan rakyat.. Maka muncul si kuda "stallion pencen perang" dan "donkey apperantice" menyahut cabaran tersebut.
Mari kita lihat perbandingan dua peserta ini terlebih dahulu
Kuda stallion ini memang cukup pengalaman kaya dengan pelbagai taktik perperangan dan masak dengan tipu helah.. al maklum lah sudah beratus perperangan yang di sertai juga penuh parut seluruh badan hasil dari pertempuran terdahulu pernah juga satu ketika matanya lebam ditumbuk musuh. walaupun agak berumur tetapi masih segak melangkah masuk ke gelanggang dgn mengangkat dua kaki hadapan lagak "Prancing Horse" (macam lambang kat keta ferarri tu)..
Kuda donkey ini pula sedikit muda untuk pertempuran besar tetapi jenis yg sangat setia..kaki nya pendek gaya nya tidak semenggah al maklum la ia hanya kuda pengangkutan yg diheret org kemana saja membawa muatan, berjalan sendiri berseorangan tentu sesat.. Kuda donkey ini pernah menyertai perperangan kecil tetapi bukan dibarisan hadapan hanya mengangkut tong2 air dan bendera2 kempen.. kuda donkey memasuki gelangang pertarungan sedikit terketar berbuih mulut kerana jarang bertempur..
Maka bermula la pertarungan yang disangka sengit oleh Sultan tetapi sayang jelas stallion ini memang hebat diasaknya donkey tersungkur terhimpit di penjuru gelanggang..disapu nya minyak angin dan minyak2 lainnya yg murah dari minyak dan gas petronas keluka donkey tetapi stallion terus tanpa belas membelasah donkey.. ada juga donkey hasil dari akal nye yg tidak seberapa cuba bermain helah mengejek2 stallion tetapi stallion terus fokus kerana tahu ini adalah peluang terakhir untuk bertarung esok belum tentu untuk nya..
akhirnya malu besar donkey di perkotak katikkan pulang bersama nordin kardi berlagak pintar gaya kaunselor..tapi nasib stallion belum tentu mungkin itu pertarungan terakhir..siapa tahu

2 comments:

Rockstar said...

pertempuran yg diberi nama "pembentukan kerajaan baru"

stallion mungkin cukup pengalaman, kerana semuanya ditentukan stallion semasa zamannya kegemilangannya. dia yakin serangannya berkesan tanpa memikirkan adakah mudah serangannya itu dilaksanakan.

si donkey mungkin berada dalam zon selesa yg menyebabkan dia gagal menangkis serangan stallion secara bijak.

lawan sebenar stallion sebenarnya adalah pegasus tua merajuk yg lari meninggalkan kerajaan feudal sedia ada..

zen said...

haha pegasus tua bukan lari dia di sepak terajang oleh anak didiknya sangat malu dan sungguh kurang bijak memilih pewaris demikian latarbelakangnya..

 
Custom Search